
Sulit
4 tahun
Bisul di kemaluan mngganggu masa skolah saya
Saya pmpuan…17thn…since saya form2 …slalu naik bisul kat kmaluan…lepas cukur lah biasanya …tapi skrg dah tak cukur, still jugak naik…mcm mne ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala bisul yang tumbuh pada kemaluan anda. Untuk makluman anda, gejala bisul pada kulit kemaluan ini merupakan salah satu tanda jangkitan STD (Sexual transmitted disease) yang disebabkan oleh aktiviti hubungan seksual tanpa perlindungan.
Namun, menurut situasi anda, masalah bisul anda ini lebih kepada gejala keradangan atau jangkitan kuman pada batang rambut kemaluan anda akibat kerap kali mencukur rambut tersebut. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh alahan pada kulit kemaluan yang boleh berpunca daripada penggunaan sabun, krim, dan losyen yang salah ataupun memakai jenis kain yang mempunyai bahan alahan.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor atau pihak farmasi anda untuk mendapatkan rawatan ubat sapu atau losyen bagi mengurangkan gejala bisul tersebut. Anda juga boleh mendapatkan ubat antibiotik atau ubat penahan sakit melalui doktor yang merawat anda. Sementara itu, pastikan anda tidak mengusik bisul tersebut atau mengeluarkan nanah. Pastikan anda menjaga kebersihan pada kawasan yang terlibat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.