Sulit

3 tahun

Bisul di kemaluan yg kerap

Sy wanita berusia 28 tahun… saya ingin bertanye… kenpa saya kerap bisul di kemaluan… di bibir… di bulu kemaluan… kadang2 di punggung…sgt sakit… tidak muncul sekali banyak… akn bisul satu2 baik dlm seminggu dia muncul semula… jika bisul sy elak mememakai jeans… jika pakai jeans akan trase sakit… sy ckup jaga kebersihan… setiap kali lps menbuang air sy akn lap kemaluan smpi kering gunakan tisu… sy juga ad rebus seluar dalam sy untuk bunuh kuman… dan sy ad baca juga artikel… ni tanda2 sifilis… adakah benar… mohon bantuan doctor

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bisul yang terdapat pada kemaluan anda boleh disebabkan beberapa faktor seperti:

  • Bisul nanah dari jangkitan kuman - kemungkinan bakteria berlainan yang menjangkiti
  • Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
  • Ketuat - oleh virus HPV
  • Bisul dari virus herpes genital

Anda mempunyai risiko yang tinggi untuk sifilis jika anda melakukan hubungan seks yang tidak selamat, dengan beberapa orang atau dengan pesakit sifilis. Simptom sifilis datang secara berperingkat dan ia dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama sifilis biasanya ada ulser kecil, dipanggil chancre dan ia muncul di tempat bakteria memasuki badan anda. Biasanya ia tidak sakit dan akan pulih dalam masa tiga hingga enam minggu. Pada peringkat kedua, anda akan mengalami ruam pada bahagian zakar, vagina, dubur dan akhirnya meliputi seluruh tubuh anda termasuk telapak tangan dan tapak kaki anda. Sekiranya anda tidak mendapat rawatan yang sesuai, terdapat peluang yang tinggi untuk mengalami sifilis tertiari. Pada peringkat akhir, jangkitan ini boleh merosakkan otak, saraf, mata, jantung, saluran darah, hati, tulang dan sendi.

Nasihat am yang boleh diberi dalam keadaan ini ialah:

  • Jangan pecahkan bisul ini
  • Tuamkan dengan kain suam atau ‘warm compress’
  • Gunakan seluar dalam dan seluar kapas yang longgar
  • Sering tukarkan pencukur anda
  • Elakkan berkongsi pencukur
  • Cukur di bilik mandi supaya kulit anda lembap dan tidak kering semasa bercukur. Ini mengelakkan geseran dengan kulit semasa bercukur. Anda boleh juga gunakan krim cukur.
  • Cukur mengikut arah ketumbuhan bulu anda. Ini akan mengelakkan masalah bulu yang tumbuh di dalam kulit (ingrown hair)
  • ‘Exfoliate’ kulit anda dengan lembut untuk mengelakkan ‘ingrown hair’
  • Jumpa doktor dengan segera jika anda mengalami demam, menggigil, peluh sejuk, dan apabila anda sering mengalami bisul.

Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).

Sakit%20dubur

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)