
Sulit
4 tahun
Bisul kelihatan sudah sembuh tetapi masih keluar cecair berwarna kuning
Saya ingin bertanya adakah normal sekiranya bisul yang kelihatan sudah sembuh tetapi masih keluar cecair berwarna kuning cair. Saya sudah ke klinik Dan makan ubat antibiotic sehingga habis. Pada mulanya Luka bisul saya sudah sembuh, tidak lama kemudian bisul tersebut keluar cecair berwarna kuning. Saya sudah ke klinik berulang Kali.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, proses dan tempoh penyembuhan bisul adalah bergantung kepada individu. Bagi memudahkan proses tersebut, anda disarankan:
- menjaga kebersihan pada kawasan yang terjejas
- tidak memakai seluar dalam yang ketat
- makan makanan yang kaya dengan protein
- mengambil ubat seperti yang ditetapkan oleh doktor anda.
Memandangkan masalah ini berlanjutan, ia mungkin disebabkan oleh pelbagai perkara.
- antibiotik yang tidak bersesuaian
- anda mungkin memerlukan rawatan pembedahan
Oleh itu, maklumat lanjut diperlukan bagi mengenalpsti punca sebenar masalah anda. Sila klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.