
Sulit
4 tahun
Bisul pada kemaluan dan vitamin
Doktr…saye nak tanye…saye ade bisul pada kemaluan saye…saye da pegi klinik dan hospital…tetapi ianya hanye elok sekejap dan akan keluar nanah balik pada tempat yang same dan saye da 4 kali makan antibiotik dktr klinik dam hosptal bagi…baru2 ni saye beli vitamin c yg sugar free…sebb sebelom ni dktr klinik suspek saye ade predibetes…dr bulan 5 smpai buln 8 ni saye langsung tak makan manis…tapi rase vitamin tu tetap rase manis…boleh ke saye teros kan makan vitamin c tu…dan saye pegi ke hosptl baru2 ni dktr cakp saye xde kncing manis…tp saye tetap kene pegi klinik untuk minum air gula minggu depan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bisul pada kemaluan boleh disebabkan kista (cyst), jangkitan herpes genital atau jangkitan kuman yang lain. Sekiranya anda berada dalam keadaan pra-diabetes, makanan yang manis tidak semestinya mengandungi gula dan ia boleh diambil dengan kadar yang bersederhana seperti vitamin C yang anda ambil. Untuk mengawal diabetes atau pra-diabetes, makanan berkarbohidrat juga perlu dikawal seperti nasi, mee dan ubi-ubian. Temu janji untuk minum air gula pada minggu hadapan adalah bertujuan untuk mendiagnos keadaan sekiranya anda mempunyai kencing manis ataupun tidak dan penting untuk anda mengikuti protokol ujian tersebut bagi memastikan kelancaran ujian tersebut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.