
Sulit
4 tahun
Bisul telah pecah namun masih bengkak. (Tidak sakit, cuma gatal²)
Salam sejahtera. Saya berusia wanita beruaia 28 tahun dan belum berkahwin.Saya mendapat bisul berhampiran dgn kawasaan dubur saya. Bisul tersebut pecah selepas hampir seminggu. Namun jumlah nanah dan darah yg keluar tidak banyak. Selepas dua hari bisul tersebut pecah, bengkaknya masih ada tetapi tidak sebesar sebelum ini, tidak sakit, cuma gatal² sahaja. Buat masa ini saya hanya menggunakan fucid ointment 2% w/w utk disapu pada bisul tersebut. Adakah normal bengkak tersebut atau bagaimana? T. Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Bisul merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan.Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.
Rawatan yang boleh diambil adalah :
- Anti-biotik yang bersesuaian (semasa).
- Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah.
- Pemberian ubat antibiotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya.
- Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah
Selepas pecah, anda disarankan:
- Menjaga kebersihan diri dengan baik.
- Pastikan kulit sentiasa bersih.
- Basuh tangan sebelum menyentuh kawasan lain seperti muka
- Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian.
Elakkan dari menekan bisul kerana ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran darah.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih