
Sulit
4 tahun
Bladder prolapse selepas bersalin
sy wanita 28 tahun baru lepas bersalin, apa tanda² bladder prolapse? jika saya mengalami bladder prolapse macam mana nak merawat? adakah operation sahaja jalannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda berkaitan masalah ‘bladder prolapse’. ‘Bladder prolapse’ merupakan keadaan di mana pundi kencing anda terjatuh dari tempat asalnya. Faktor risikonya termasuk:
- Angkat berat
- Batuk berpanjangan yang terlampau kuat
- Sembelit
- Bersalin normal
- Obesity
- Menopaus
- Pembedahan bahagian pelvis
- Umur tua
Tanda-tandanya adalah seperti:
- Kerap kencing atau kerap rasa ingin kencing
- Kerap terkencing
- Tidak rasa selesa walaupun setelah kencing
- Sering mendapat jangkitan saluran kencing
- Sakit di bahagian faraj, pelvis, ari-ari bawah atau belakang.
- Terasa tekanan atau berat di bahagian faraj
- Sakit semasa bersetubuh
- Terdapat isi yang terkeluar dari faraj
Terdapat segelintir kes yang tidak menunjukkan apa-apa simptom atau kesakitan. Untuk mengesahkan diagnosis ‘bladder prolapse’, beberapa ujian yang mungkin dijalankan adalah:
- sistoskopi
- ‘urodynamics’
- x-ray
- imbasan ultrasound
- MRI
Sekiranya anda memang mempunyai ‘bladder prolapse’, anda tidak akan memerlukan rawatan sekiranya tiada simptom yang mengganggu kehidupan seharian, atau kesihatan seksual anda seperti masalah kencing dan isi yang terkeluar dari faraj. Plan rawatan meliputi rawatan fizikal, ubatan dan pembedahan.
Rawatan fizikal
- senaman kegel untuk menguatkan otot di lantai pelvis
- alat sokongan pelvis
Ubatan
- terapi hormon estrogen untuk wanita (menopaus biasanya).
Pembedahan
- Pembedahan terbuka atau laparoscopik
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.