Anonymous
3 tahun
Bleeding awal kehamilan
saya wanita baru berumur 22 dan sedang hamil. saya mengalami bleeding yang banyak semalam dan berterusan harini. saya sudah berjumpa doktor dan menyatakan kandungan saya tak ok tapi dengupan jantung baby masih ok. macam mana saya bak baby saya terus membesar dengan kuat?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, pendarahan yang berlaku pada mana-mana peringkat kehamilan masih perlu disiasat. Oleh itu, anda disarankan untuk mematuhi jadual follow up yang diberikan oleh doktor anda untuk memantau perkembangan isu ini. Punca pendarahan haruslah diketahui melalui pemeriksaan yang teliti dan ditangani dengan secepat mungkin supaya dapat memastikan tumbesaran bayi anda adalah sihat dan kuat
Untuk mengetahui punca pendarahan tersebut, kami masih memerlukan maklumat yang selanjutnya. Oleh itu anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih






























