Sulit
3 tahun
Bleeding awal pregnancy
Saya berumur 23 tahun, last period saya 16/8… Tp masih x de check ape2 sebab Kadang2 period sye mmg x teratur… 2/10 sye pergi klinik utk check, keputusan nya positif, tp 23/10 mcm tu sye ade light bleeding n sye check upt masih positif… Kenapa ya
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara gejala pendarahan ketika awal kehamilan ini boleh disebabkan:
- Keguguran
- Kehamilan luar rahim
- Polip atau fibroid dalam rahim
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana hasil ujian yang dilakukan sendiri mungkin tidak tepat dan jika berlaku keguguran, hasil ujian air kencing masih boleh menunjukkan keputusan positif.
Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi, ujian perlu dibuat untuk mengenal pasti masalah yang sebenar. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.