Sulit
4 tahun
Boeh pcr test keluar result salah?
Saya buat PCR test 15/8 keluar result positive. Saya buat PCR Dan serology test sekali lagi pada Hari sama Dan 16/8 result keluar negative .
Dan pada 21/8 jugs PCR test result negative…
Bolehkan test pertama result adalah Salah?
Bagaimana untuk check samada saya pernah atau tidak pernah dapat covid 19?
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan kesahihan ujian PCR. Kami akan cuba membantu anda.
PCR adalah ujian saringan yang mengesan jangkitan virus yang aktif. Namun, ujian ini lebih sensitif berbanding swab test kerana ia mengesan kehadiran virus tersebut dalam darah secara langsung. Oleh itu, jika ujian tersebut mengesahkan anda negatif, anda tidak oerlu risau tentang jangkitan Covid-19. Walaubagaimanapun, jika anda bergejala anda dinasihati untuk kuarantin diri selama 10 hari dan mengambil ujian PCR tersebut.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































