
Sulit
3 tahun
Boleh ambil ubat cacing selepas 3 bulan atau tidak?
Doktor, saya dah ambil ubat cacing pada januari lepas. Sekarang saya rasa macam berlaku lagi simptom kecacingan. Jadi boleh ke saya ambil ubat cacing dalam tempoh 3 bulan sekali? Sekarang baru bulan april, jadi kalau saya ambil ubat cacing lagi adakah akan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, deworming atau pengambilan ubat cacing disarankan untuk dilakukan 2 kali setahun.
Sekiranya anda mengalami gejala dan ingin mengambil ubat cacing lagi, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dahulu untuk memastikan punca gejala anda tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui jawapan bagi persoalan anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.