
Sulit
4 tahun
Boleh berjaya ke dgn jalani IUI Test?
Sy dah berkahwin 3tahun tapi masih belum rezeki baby, pada thun 2015 sy pernah membuat operation cyst pecah dan terpaksa mengeluarkan ovary sblah kiri dan skrg sy tgh menjalani rawatan di salah sebuah hosp swasta dan sy telah membuat HSG dan resultnya tube sbelah kanan block dan hanya tube sebelah kiri sahaja yang berfungsi. Dan atas nasihat doc pakar terus proceed utk iui test adakah potensi ini akan membantu saya untuk hamil lebih tinggi ? Mohon pencerahan dari doc …

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, IUI (Intrauterine Insemination) ialah prosedur yang dilakukan kepada pasangan suami isteri yang mempunyai masalah kesuburan dan inginkan cahaya mata. IUI berkesan untuk masalah kesuburan seperti:
- kemandulan tanpa sebab
- endometriosis tahap ringan
- masalah lendir pangkal faraj
- kadar sperma yang rendah
- pergerakkan sperma terlalu rendah
- ejakulasi pramatang atau mati pucuk
IUI pula tidak berkesan dalam scenario seperti:
- endometriosis di tahap sederhana atau teruk
- kedua-dua tiub fallopian tersumbat
- penyakit tiub fallopian yang teruk
- wanita yang sering dijangkiti penyakit radang pelvis
- lelaki yang tidak dapat menghasilkan sperma
IUI akan diberikan dengan ubat seperti clomiphene citrate, hCG (human chorionic gonadotropin) dan FSH (Follicle stimulating hormone) untuk meningkatkan pengeluaran jumlah ovum. Lebih banyak ovum dihasilkan, lebih tinggi peratusan untuk kehamilan. Peratusan untuk IUI berjaya bergantung pada beberapa faktor seperti:
- umur wanita yang ingin mengandung
- jika ubat kesuburan diberikan
Namun begitu, ini hanya lah keterangan am dalam hal ini. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.