
popopo
5 tahun
Boleh hamil ke kalau hanya masukkan alat sulit sahaja
saya dan pasangan saya telah berduaan,saya telah memasukkan alat sulit saya pada alat sulit dia,adakah mudah untuk mendapat kan kehamilan? kalau takut…ada ke cara untuk mengelakkan daripada hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, walaupun hanya memasukkan zakar, biasanya terdapat air mani yang keluar apabila terangsang. Oleh itu, terdapat beberapa peratus sperm yang akan keluar bersama air mani (yaitu sebelum pancut/ ejakulasi). Justeru, kemungkinan untuk hamil masih ada. Maka, setelah hubungan seksual tanpa perlindungan (seperti kondom) terdapat pil perancang kecemasan yang boleh digunakan dalam usaha untuk mencegah kehamilan. Untuk pengetahuan anda, pil-pil ini tidak bertujuan untuk kegunaan rutin sebagai kontraseptif.
Tergantung kepada kali terakhir anda berhubungan seksual tanpa perlindungan, terdapat pil yang boleh diambil dalam 72 jam setelah berhubungan atau pil yang diambil 120 jam setelah berhubungan. Sekiranya anda mengambil pil sesuai aturan, ia didapati berkesan mencegah kehamilan sehingga hampir 98%.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk berbincang tentang pil perancang kecemasan yang sesuai untuk anda. Terima kasih.