Sulit
3 tahun
Boleh ke mengandung jika bersama dalam tempoh bukan subur
Saya nak tanya, boleh ke saya mengandung jika saya bersama suami sehari selepas habisnya haid. Didalam bukan waktu kesuburan? Kerana saya skrg rasa tidak sedap badan. Saya risau jika betul saya mengandung kerana saya tidak mengambil apa apa suppliment
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kehamilan. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi. Seandainya anda melakukan hubungan di waktu yang tidak subur, maka tiada ovum yang dikeluarkan, sehingga persenyawaan antara ovum dan sperma untuk membentuk embryo tidak dapat terjadi. Mungkin tidak, tetapi ia bukanlah mustahil. Peluang anda untuk hamil juga bergantung kepada berapa pendek kitaran haid dan berapa panjang tempoh haid anda berlangsung.
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih