Sulit
5 tahun
Boleh ke saya derma darah selepas ambil vaksin?
Harini saya dpt mesej untuk dtg derma darah. Saya dapat vaksin 2nd dose pd 19/7. Tarikh yg disarankam untuk derma pada tarikh 4/8. Boleh ke saya pergi untuk derma darah pd tarikh berikut?
Terima kasih 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, derma darah perlu ditangguhkan sekurang-kurangnya 7 hari selepas vaksinasi. Sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan selepas vaksinasi, derma darah perlu ditangguhkan selama 7 hari selepas penyelesaian gejala tersebut.
Oleh itu, jika anda tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas vaksinasi, anda boleh pergi derma darah pada tarikh yang disarankan tersebut.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

























