
Sulit
4 tahun
Boleh ke seorang pesakit vaginismus bersalin normal?
Saya wanita yang berumur 27 tahun. Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun lepas. Saya tidak tahu mengenai vaginismus sehinggalah setelah 2 minggu berkahwin. Pada percubaan pertama intercourse dengan pasangan, saya merasakan sangat sakit dan ketidakselesaan. Saya juga merasa takut pada hari itu kerana merasakan ada sesuatu akan masuk ke dalam bahagian alat sulit saya yang saya tidak pernah sentuh atau berbuat apa apa sebelum ini, sehinggakan baru bertemu hujung kemaluan suami saya sudah menjerit sakit. Kami juga mencuba perkara ini berkali-kali tetapi tidak berjaya masuk. Saya merasakan ketat yang amat sangat serta sakit bagai dihiris pisau.
Sehinggalah saya cuba mencari tahu masalah ini. Saya Google dan list kan simptom yang saya alami, kesemua artikel merujuk kepada vaginismus. Segala info yang diberikan, sama dengan yang saya rasa kan. Saya takut untuk berjumpa doktor untuk berbincang perkara ini, saya ambil inisiatif ikhtiar sendiri dahulu dengan membeli dilator. Proses saya bersama dilator ini juga agak sakit tapi disebabkan saya nak pulih, saya kuat semangat buat setiap hari selama 30 minit. Akhirnya selepas 3 ke 4 minggu, saya dan pasangan boleh melakukan intercourse seperti pasangan berkahwin yang lain. Selepas 4 ke 5 kali intercourse, baru saya merasa selesa.
Kini, alhamdulillah saya disahkan hamil. Sudah 13 minggu. Namun, perkara ini membuntukan saya. Saya kerap memikirkan hal ini. Saya tahu kehamilan saya pada usia kandungan 4 minggu. Disebabkan awal-awal tidak digalakkan bersama pasangan, maka sehingga minggu ke 9 baru saya bersama. Dan keadaan itu sama macam mula mula kami intercourse. Sedikit sakit dan ketat.
Adakah saya boleh bersalin secara normal? Saya sangat takut untuk melalui proses itu sekali lagi.Saya juga takut bila dah sampai waktu bersalin nanti, dr akan cek bukaan dan sebagainya kerana mereka menggunakan jari untuk seluk. Saya trauma dengan keadaan ada benda lain menyentuh kemaluan saya. Belum lagi proses digunting dan dijahit jikalau bersalin secara normal. Saya takut vaginismus saya kembali semula malah mungkin lebih teruk. Sedangkan saya tak bersama pasangan untuk sebulan saya merasa sedikit sakit, apatah lagi selepas bersalin normal dengan jahitan.
Bolehke saya request untuk bersalin secara ceaser untuk perkara ini? Bantu saya yang sedang bingung.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, cara melahirkan bergantung bukan sahaja kepada anda, malah kepada status kesihatan anda semasa mengandung. Terdapat beberapa penyakit di mana Caesarean section lebih digalakkan untuk kaedah melahirkan anak. Bagi masalah vaginismus, carian akademik menunjukkan bahawa terdapat laporan bahawa melahirkan dalam cara normal boleh membantu menyembuhkan vaginismus mereka. Namun, terdapat juga segelintir ibu yang menyatakan bahawa simptom vaginismus mereka semakin parah selepas melahirkan secara normal.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.