
Sulit
4 tahun
Boleh ke tidak tahu kesuburan
Doktor saya ada soalan.Bagaimana hendak mengetahui kesuburan tanpa berjumpa doktor ?Bagaimana hendak mencapai kitaran haid yang sempurna kerana saya kitaran haid saya tidak sekata.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Polip atau fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Berkenaan kesuburan, perkara ini perlu diperiksa oleh doktor secara fizikal dan klinikal. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengembalikan atau membetulkan kitaran haid seseorang:
- Bersenam dalam keadaan yang sederhana
- Mengamalkan pemakanan yang sihat
- Penggunaan ubat; tetapi hal ini perlu diperiksa oleh doktor terlebih dahulu
- Mendapatkan rehat yang cukup
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.