
Sulit
5 tahun
Boleh menggugurkan anak?
Hi sye ad mlakukan kesalahan yg besar iaitu melakukan hubungan seks sebelum kahwin dn mendapati partner sye pregnant selama 2 minggu. Kami mahu menggugurkan. Apakah kami perlu buat? Kami masih muda dan tidak mampu utk menjaga anak

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keguguran kandungan ini adalah kesalahan dari segi undang-undang di Malaysia. Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil ubat-ubatan atau mengunjungi individu yang tidak berlesen untuk menggugurkan anak. Ini adalah kerana kesihatan pasangan anda akan dijejaskan dan kesan sampingan akan berlaku yang mungkin boleh menyebabkan kematian pasangan anda.
Anda disarankan untuk mengambil tanggungjawab terhadap tindakan anda dengan berbincang dengan ibu bapa anda walaupun perkara ini amat susah.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.