
Sulit
3 tahun
Boleh ubat cezti 10 lepas vaccine dose 2nd
Saya sudah ambil vaccine dose 2nd sudah 5hari ,badan saya rasa gatal boleh makan ubat cezti 10 utk kurang gatal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda bimbang tentang kesan sampingan vaksin Covid 19. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara kesan sampingan daripada vaksin Covid adalah:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Cirit-birit
- Rasa sakit di sekitar tempat cucuk
Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini