
Sulit
4 tahun
Bolehkah ambil lingzhi saat hipertiroid
Sy wnita 21 thun yg mnghdp pnyakit tiroid iaitu hipertiroid…prnyataan sy boleh ka sy mengambil lingzhi utk mnyembuhkn hiprtiroid sy?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang lingzhi.
Untuk makluman anda, setakat yang saya tahu, lingzhi hanyalah ubatan herba yang dipercayai boleh menyembuhkan beberapa kondisi. Sekiranya tiada kontraindikasi untuk anda mengambilnya, maka terserahlah kepada anda untuk mengambil atau tidak. Namun anda harus ingat ia hanyalah herba tambahan dan bukanlah penyembuh sebenar kepada penyakit hipertiroid. Sila ambil ubatan hospital yang dipreskripsi untuk menyembuhkan masalah tiroid anda.
Anda juga perlu berwaspada akan kesan sampingan lingzhi. Jangan lupa untuk semak produk-produk sampingan sebegini dengan KKM terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.