
Sulit
3 tahun
Bolehkah ambil vaksin ketika demam
Saya wanita berumur 32 tahun dan saya akan cucuk vaksin besok tapi badan saya dalam keadaan demam, batuk, sakit kepala sekarang. Boleh kah saya meneruskan dengan pengambilan vaksin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas soalan diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda sama ada boleh mengambil vaksin di saat mengalami demam, batuk dan sakit kepala.
Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh anda, kami sarankan anda menghubungi pihak JKJAV untuk mengatur semula tarikh suntikan anda dan anda perlu menyatakan kepada mereka anda masalah yang sedang anda hadapi.
Talian JKJAV:
Telefon: 1-800-88-8828
Emel: info@vaksincovid.gov.my
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini