
azlyneomar7577
5 tahun
Bolehkah apendiks datang menyerang balik
Saya selalu menghadapi sakit d bahagian bawa kanan dan selalu x berasa selesa…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Radang apendiks
- Jangkitan saluran air kencing atau buah pinggang
- Masalah ovari - seperti ovari terbelit, kista (cyst) dalam ovari
Jika anda telah menjalani pembedahan membuang appendiks, maka radang appendiks adalah mustahil terjadi melainkan komplikasi akibat pembedahan.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.