
Sulit
3 tahun
Bolehkah Kolostrum Dikumpul Sebelum Melahirkan Bayi?
Saya ada melihat video seorang wanita sarat hamil mengumpulkan kolostrum menggunakan picagari dan disimpan dalam freezer. Bolehkah kita buat begitu? Berapa lama ia boleh disimpan?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda ingin mengetahui jika anda boleh mengumpul colostrum. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini
Untuk pengetahuan anda, mengumpul colostrum dilakukan bagi sesetangah wanita. Ia boleh disimpan selama 6 bulan jika dibekukan.
Jika anda ingin mengumpul colostrum anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor obstetrik anda untuk mempelajari teknik yang betul kerana, teknik yang salah boleh menyebabkan komplikasi yang serius untuk berlaku
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian atau telekonsultasi supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar obstetrik.