
Anonymous
2 tahun
Bolehkah Makan Pati Ikan Haruan Untuk Ulser Usus
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dr.
Saya ingin bertanya tentang khasiat pemakanan pati ikan haruan.
Saya menghadapi gastrik dan diberi ubat nexium mups dan ranitidine untuk dimakan.
Bolehkah saya makan pati haruan bersama ubatan yg dibekalkan kepada saya.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, ubat pati ikan haruan belum dikenal pasti keberkesanan dan kesan sampingannya serta kemungkinan interaksi dengan ubat-ubatan lain. Anda disarankan untuk merujuk kepada doktor yang merawat anda sebelum mengambilnya dan meneruskan rawatan seperti yang disarankan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!