
Sulit
5 tahun
Bolehkah makan ubat jerawat selepas keguguran
Saya mengalami masalah jerawat dan bertemu doktor dan ia memberikan saya ubat bernama XIDO
X. Dan bila dapat tahu saya hamil saya berhenti makan ubat tu, dan kemudian saya mengalami keguguran. Kini sudah 3 minggu saya keguguran dan jerawat muka makin teruk. Bolehkah saya mengambil ubat itu semula atau kena tunggu waktu tertentu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ubat yang anda ambil ini adalah sejenis antibiotik. Untuk masalah jerawat yang anda alami ini, penggunaan antibiotik adalah salah satu kaedah melawan kenaikan jerawat mendadak. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dahulu untuk memastikan preskripsi baharu untuk masalah jerawat anda. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.