
Sulit
4 tahun
Bolehkah meminum susu untuk ibu hamil yang disyaki ada ketumbuhan cyst
Hai doc. Untuk ibu yang hamil 6 minggu, yang disyaki mempunyai keketumbuhan cystbolehkah meminum susu untuk ibu hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat banyak percanggahan pendapat tentang sama ada susu boleh menyebabkan kanser payudara atau cyst. Namun begitu, tiada bukti kukuh yang mengaitkan susu dengan masalah ini.
Wanita hamil amat memerlukan susu bagi memastikan paras kalsium yang cukup untuk ibu dan bayi. Oleh itu, wanita hamil dinasihatkan untuk mengambil susu sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari. Sekiranya anda masih ragu-ragu, sila dapatkan nasihat doktor tentang perkara ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.