
Sulit
3 tahun
Bolehkah mengambil vaksin covid 19 bagi pesakit hyperthyroid dan mengalami radang hati
Saya berumur 47 tahun, mempunyai penyakit hyperthyroid dan radang hati. Saya juga ada mengidap hepatitis b. Apakah ada kesan negative jika saya mengambil vaksin covid 19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Anda ingin mengetahui sekiranya anda boleh mengambil vaksin walaupun anda mengalami penyakit tiroid dan radang hati. Kami akan membantu anda.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan pada individu yang mempunyai gangguan pada organ hati.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan, serta melaporkan kepada pegawai perubatan di Pusat Pemberian Vaksin anda.
Anda juga boleh menghubungi JKJAV, doktor di pusat perubatan atau pusat vaksinasi yang terdekat untuk maklumat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini