
Sulit
4 tahun
Bolehkah mengandung lagi
Sy pernah mengugurkan kandungan sebanyak 2 kali… bolehkah mengandung lagi? Apakah produk atau ubat kesuburan yang boleh didapati di farmasi?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Pada dasarnya bagi menilai kesuburan seseorang wanita kami perlu tahu sejarah kesihatan, kondisi saat ini dan juga pemeriksaan lain yang terkait dengan infertiliti semasa. Oleh itu saya sangat sarankan anda untuk kembali berjumpa doktor di klinik atau hospital yang berdekatan agar informasi yang diberikan lebih tepat.
Untuk pengetahuan puan, antara faktor risiko yang memainkan peranan terhadap kesuburan wanita lazimnya termasuk:
- umur tua (35-37 tahun keatas)
- sejarah merokok atau alkohol yang berlebihan
- masalah berat badan atau obesiti
- mempunyai sejarah seperti
- operasi pada atau sekitar organ reproduksi wanita
- haid tidak teratur
- penyakit kelamin atau STDs
- penyakit kronik atau neoplasma
- gangguan kehamilan sebelumnya
Yang pasti, pada masa kini, terdapat pelbagai usaha yang boleh dijadikan pedoman bagi menelusuri dilema kesuburan wanita, justeru berbincanglah dengan doktor anda (bersama-sama suami) untuk mendapatkan saranan dan nasihat yang lebih komprehensif berkenaan rancangan keluarga dan kesihatan kesuburan anda sekeluarga.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).