
Anonymous
6 tahun
Bolehkah mengandung selepas 3hari bersih dr haid
Sy 35 thun sudah berumahtangga. Period sy kadang2 cpt n kadang2 lambat. Namun pada bln lepas period sy cuma 4hari jer Dan selepas 3hari bersih sy bersama suami. Tetapi sy dapati ade tompokan darah setiap kali bersama, perkara ini tidak pernah terjadi sebelum ni…Dan Sekarang period sy lewat 10ari… adakah sy melakukan hubungan itu dlm waktu sy subur?

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh puan. Waktu kesuburan seseorang itu bergantung pada kitaran haid yang teratur dan tempoh period yang dialami. Walaubagaimanapun waktu kesuburan secara amnya dikatakan bermula dari hari ke 14 hingga ke hari 16. Anda disarankan untuk membuat tes kehamilan untuk memastikan adakah anda hamil atau tidak.
Untuk maklumat lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih