
Sulit
5 tahun
Bolehkah orang yang mempunyai kesihatan yang normal ambil omega 3 sebagai pencegahan awal sakit jantung. Apa kesan jika mereka yang normal ambil omega 3 tanpa nasihat doktor?
Saya lelaki umur 24 tahun. Sudah merokok selama 6 tahun. Saya baru sahaja berhenti merokok 2 bulan dan ingin tinggalkan tabiat merokok. Cuma saya risau akan kesihatan jantung saya. Bolehkah saya ambil omega 3 untuk meningkatkan kesihatan jantung saya

3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, omega 3 merupakan suplemen yang diekstrak daripada minyak ikan atau minyak sayuran. Ianya merupakan suplemen untuk membantu dalam mengurangkan kolesterol yang memainkan peranan penting dalam penyakit atau masalah jantung koronari. Tidak menjadi masalah untuk mengambil suplemen tersebut, tetapi ianya perlu diambil mengikut dos yang disarankan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!