
Sulit
3 tahun
Bolehkah saya masuk kerja walaupun bacaan ct value rendah setelah tamat kuarantin?
Hi, saya eda umur 30. Saya telah disahkan positif pada 22/8/21 dan telah tamat kuarantin kendiri dirumah pada 1/9/21. Saya hanya mengalami gejala ringan. Semasa kali pertama positif bacaan ct value saya adalah 14. Dan saya diminta untuk buat pcr oleh bos saya sebelum kembali bekerja. Pada 3/9/21 saya buat pcr dan ct value saya adalah 17 yang mana kadar jangkitan masih lagi tinggi. Adakah saya boleh masuk bekerja walaupun bacaan ct value saya masih lg rendah? Atau saya perlu kuarantin lagi 10 hari?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami bahawa anda ialah pesakit Covid-19 yang telah tamat kuarantin di rumah. Ujian PCR yang dijalankan oleh anda menunjukkan CT value 17. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, CT value yang rendah boleh bermakna salah satu perkara di bawah :
- Jangkitan masih di peringkat awal
- Kesan virus (viral load) dalam badan adalah tinggi
- Kebolehjangkitan virus adalah tinggi
Kami menasihatkan anda untuk menghubungi CAC berdekatan dengan anda untuk mengetahui langkah-langkah lanjut yang perlu diambil oleh anda. Kemungkinan anda perlu menyambungkan kuarantin anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini