Sulit
3 tahun
Bolehkah saya membuat rawatan Ivf selepas BTL
Saya wanita berumur 40tahun pernah bersalin czer tiga kali dan ingin kan zuriat lagi bolehkah saya buat rawatan ivf,rahim tidak akan pecah ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan oleh pihak puan.
Kami memahami kebimbangan puan ingin hamil namun telah melahirkan anak sebelum ini dengan Caesarean section.
Untuk pengetahuan puan, peluang untuk bersalin secara caesarean section masih boleh dilakukan walaupun selepas tiga kali bergantung kepada keadaan ibu mengandung. Oleh itu, pemeriksaan doktor amat diperlukan agar solusi yang terbaik dapat diberikan. Dan sekiranya kelahiran secara caesarean section masih boleh dilakukan maka rawatan ivf tidak diperlukan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.