
Sulit
4 tahun
Bolehkah saya minum susu omega plus
Saya prmpuan berumur 20 tahun saya mengalami gejala tiroid saya selalu merasa jantung laju bedegup … Bolehkah saya minum susu omega plus setiap hari?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah tiroid yang anda alami sejak kebelakangan ini dan ini menyebabkan jantung anda berdegup laju.
Untuk makluman anda, rawatan yang digunakan untuk masalah hipertiroid terdiri daripada bahan yang menghalang tiroid kita untuk merembeskan hormon tiroid yang menjadi punca atas simptom-simptom yang anda alami. Namun, rawatan tersebut juga adalah berbagai dan bergantung kepada jenis masalah tiroid yang anda hadapi.
Kami tidak boleh membuat apa apa rumusan jika susu omega plus sesuai untuk anda kerana maklumat yang anda berikan terhad.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.