
Sulit
4 tahun
Break kuning ketul bukan cair.. sakit perut walaupun baru makan 3 suap nasi. Tiada selera
Anak saya berumur 5 tahun sering complain sakit perut dan tiada selera makan. Pada awalnya mula dengan muntah dan sakit perut. Sekarang warna berak bertukar kuning ketul tapi bukan cair. Bila nak makan dia akan bagitau dah kenyang walau baru makan lebih kurang 3 4 suap. Kerap complain sakit perut. Semua ini berlaku dalam 2 minggu selepas dia baik dari demam yg berpanjangan. Please advise apa perlu saya buat… saya belum consult doctor sebab anak saya aktif. Apa perlu saya buat untuk tahu punca dan adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa gejala yang terjadi pada anak anda yang sebaiknya segera untuk bertemu doktor seperti:
- mual, muntah
- hilang selera makan minum
- kembung
- sakit perut
Sebetulnya muntah dan sakit perut pada anak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman, cacing dan virus
- volvulus (usus terbelit)
- intususepsi (usus terlipat diatas usus lain)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.