
Anonymous
5 tahun
Breast bengkak tp hnya sbelah kiri
sy sudah bkwin ada empat org ank. payudara sy kerap bngkak pd sebelah kiri shj. dan sakit bdenyut2. tak nampak mcm ada ketulan tp puting nmpk mcm tenggelam hnya pd sblah kiri shj. antara kiri dan kanan breast sblah kiri nmpk lbh bngkak. sjarah kluarga sblah mak ada kanser pyudara dan knser tulang.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala payudara bengkak boleh disebabkan:
- Kanser payudara
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Lipoma -gumpalan tisu lemak
- Kista (cyst) payudara
- Fibroadenoma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.