Sulit
3 tahun
Breast sakit selama seminggu lebih. Tapi sekejap sekejap
Hi dr. Berumur 25tahun dan baru berkahwin 2bulan. Saya period masuk hari ke6. Dan selama seminggu lebih jugak breast belah kanan saya trasa sakit. Dlm dua hari ni, terasa ngilu dan rasa cam tertarik tarik, dia rasa sakit sekejap sekejap tapi dlm 10-15min okay then sakit semula. Belah kiri pula baru terasa sakit harinii tp banyak belah kanan rasa sakit tuuu. Dan kerap buang air kecil. Slalunya kalau nak period saya takpernah rasa sakit breast sbb saya alami senggugut yg teruk. Dah check upt tapi negative. Adakah kemungkinan untuk mrnganfung tu ada sbb saya try ti conceive(ttc).
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sakit payudara boleh disebabkan oleh:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Memandangkan puan telah pun melalui pembedahan untuk membuang ketulan satu lagi pemeriksaan boleh dilakukan untuk memastikan ketulan tersebut masih wujud ataupun tidak .
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.