Sulit

3 tahun

Bridge gigi menjadi kuning

Bagaimana untuk putihkan bridge gigi yg kuning

Salam sejahtera. Terima kasih atasa soalant yang diajukan.

Cara yang terbaik yang boleh dilakukan orang awam untuk memutihkan gigi adalah dengan cara “Veneer” atau “Whitening”. Harga putihkan gigi di klinik kerajaan mungkin berbeza dan lebih murah jika dibandingkan dengan di klinik swasta. Namun, kualiti dan hasil yang bakal diperolehi pesakit tidaklah jauh berbeza dan pesakit akan mendapatkan kepuasan setelah mendapatkan servis tersebut.

  • “Veneer” atau sarung gigi

“Veneer” dalam bahasa mudahnya ialah sarung gigi. Ia adalah satu teknik dimana doktor gigi akan “trim” atau hakiskan sedikit permukaan gigi sebelum mengambil saiz, dan bentuk gigi. Kemudian, sampel gigi akan dihantar ke makmal untuk mendapatkan acuan gigi pesakit sebelum ianya dipasang kepada pesakit. Kelebihan sarung gigi ini ialah ia mampu memperlihatkan keputihan gigi pada pesakit dan ia mampu bertahan hingga bertahun lamanya. Pesakit juga mampu membuat pilihan untuk memiliki sarung gigi yang bermacam warna samada putih seperti sinki, putih seperti sklera mata atau putih yang sedikit kekuningan. Oleh kerana harganya yang lebih mahal berbanding “Whitening” serta mampu bertahan dengan lebih lama, ianya disarankan kepada mereka yang mampu dan perlu untuk memiliki penampilan gigi yang lebih menarik untuk jangka masa yang lebih panjang seperti mereka yang berkerja dalam bidang pemasaran atau mereka yang terpaksa bertemu dengan pelanggan serta selebriti terkenal. Berbeza dengan crown gigi , sarung gigi bertujuan kosmetik dan crown gigi pula bertujuan untuk melindungi gigi yang sudah lemah dan rapuh.

  • “Whitening”

Berbeza pula dengan “Whitening” dimana doktor gigi tidak akan menghakis permukaan gigi tetapi, doktor akan memelihara permukaan gigi dan “mendarakan” gigi pesakit. Doktor akan membuang karang pada celah gigi menggunakan teknik “scaling” sebelum meletakkan bahan kimia yang selamat digunakan seperti hydrogen peroxide atau carbamide peroxide untuk melindungi gusi. Selepas itu, doktor akan menghalakan cahaya lampu yang khusus pada gigi pesakit untuk mengaktifkan bahan tadi dan proses ini akan diulang sehingga dalam 4 kitaran untuk memutihkan gigi pesakit. Teknik ini lebih murah berbanding sarung gigi tetapi ia hanya mampu bertahan tidak lebih daripada 6 ke 12 bulan lamanya.

  • “Baking soda” atau serbuk penaik

Petua putihkan gigi yang boleh dicuba adalah dengan menggunakan serbuk penaik ataupun “baking soda” ketika memberus gigi. Setengah sudu teh serbuk penaik adalah memadai untuk dicampurkan dengan 2 sudu air biasa dan digunakan ketika memberus gigi. Ia mempunyai potensi untuk menanggalkan plak-plak degil yang terdapat pada gigi dan perkara ini mampu membantu individu mendapatkan gigi yang lebih putih. Terdapat dakwaan yang jus limau mampu menyeimbangkan pH serbuk penaik tetapi perkara ini tidak benar dan individu yang ingin mencuba cara ini tidak perlu menggabungkan serbuk penaik dengan jus limau ketika memberus gigi. Produk putihkan gigi di farmasi yang mempunyai kandungan “baking soda” atau hydrogen peroxide juga menunjukkan hasil yang positif dalam memutihkan gigi tanpa memberikan kesan yang buruk kepada lapisan enamel gigi

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

stroke-causes-punca-stroke

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)