Sulit
3 tahun
Buah pinggang ,penyakit ini sedang berada di tahap 5 sekarang jika doc boleh jawap.jwab la
Nenek saya berumur 67 tahun.Dia menghidap penyakit buah pinggang tetapi tidak boleh kencing dan seluruh tubuhnya bengkak kenapa ye
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, bagi individu yang menghidapi penyakit buah pinggang tahap 5 bermakna buah pinggangnya tidak dapat berfungsi. Bila buah pinggang gagal berfungsi, kekotoran dalam badan akan meningkat dan menyebabkan individu tersebut mengalami beberapa gejala seperti:
- Kegatalan badan
- Kekejangan otot
- Rasa sakit dan mual
- Tiada selera makan
- Bengkak pada tangan dan kaki
- Sakit belakang
- Susah untuk kencing
- Sukar untuk bernafas
- Sukar untuk tidur malam
Apabila buah pinggang gagal berfungsi, anda memerlukan rawatan dialisis ataupun pemindahan organ buah pinggang. Namun begitu, ini hanyalah kenyataan am tentang masalah kegagalan buah pinggang. Saya sarankan anda untuk pergi ke klinik berdekatan dan mendapatkan rawatan dan diagnosis yang lebih tepat dalam hal ini. Terdapat beberapa maklumat perlu diperolehi sebelum memberikan diagnosis terhadap nenek anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.