
nalia_aziz
4 tahun
Buah Pinggang terlebih kalsium
Salam/selamat sejahtera doctor,
kakak saya baru baru ni mengalami masalah batu di hempedu. selepas buat ct scan kami mendapat dapat tahu kedua belah buah pinggangnya mempunyai bintik bintik kerana terlebih kalsium. apakah ia nya bahaya dan apakah puncanya? kami sekeluarga risau akan keadaannya kerana berat badannya turun mendadak. sekarang tunggu appointment untuk buang hempedu. terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penemuan batu-batu kalsium didalam buah pinggang boleh terjadi kerana:
- Penyakit para-tiroid
- Sakoidosis
- Terlebih vitamin D
- Ketumbuhan pada tulang
- Myeloma
Batu-batu kalsium didalam buah pinggang boleh menyebabkan radang buah pinggang serta jangkitan kuman jika badan tidak dapat mengeluarkannya. Pesakit juga akan mengalami sakit ketika hendak membuang air kencing. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta ujian adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.