
Sulit
5 tahun
Buang air besar ada cacing kt najis
saya 18 thn . sy tengah period skrg . masa mandi , sy ingin membuang air besar . sy nampak cacing pada najis

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. pada pendapat saya, anda mengalami masalah cacing dalam saluran usus.
Untuk masalah ini, saya sarankan untuk anda mengambil ubat cacing yang boleh didapati di farmasi. Makan ubat tersebut mengikut arahan pada ubat tersebut atau mengikut arahan dari farmasi.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.