
Anonymous
5 tahun
Buang air besar berdarah dan demam
saya perempuan berumur 26 tahun. hari ini saya mengalami masalah buang air besar berdarah dan ini adalah kali pertama saya mengalami keadaan ini. kelmarin saya telah makan maggi viral yang pedas. adakah ini berpunca kerana saya makan pedas kelmarin?? tapi saya juga telah demam, selesema dan batuk selama 2 minggu. mohon penjelasan pihak tuan/puan… saya risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
-Luka akibat sembelit
-Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
-Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
-Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
-Radang usus
-Kanser kolorektal
-Radang usus
-Irritable bowel syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kas