
Sulit
5 tahun
Buang air besar berdarah, sakit semasa meneran. Darah menitis, ada juga sedikit seperti puddibg seperti darah haid
Umur saya 28thn. Bulan lepas saya pernah berdarah semasa buang air besar. Bulan ini pula dah kedua kali. Saya tak jumpa doktor kerana disebabkan PKP. Kali ini, seperti biasa rasa sakit bahagian bibir punggung semasa meneran, jadi saya ingat hanya berdarah kerana luka tapi setelah saya pegang lihat sendiri darah tu seperti cairan pudding seperti darah haid. Selain menitis-nitis darah. 2 ke 3 hari selepasnya, saya datang haid. Saya musykil, darah tersebut disebabkan luka akibat meneran atau memang darah haid juga keluar dari salur najis saya. Tolong saya doktor. Haid saya teratur seperti biasa, tapi buang air besar pun keluar darah juga.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berdarah ini boleh disebabkan:
- Buasir
- Kesan sembelit
- Penyakit radang usus
- Kesan ubat-ubatan seperti aspirin atau ubat tahan sakit senggugut
- Jangktian usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.