
Sulit
4 tahun
Buang air besar dalam kuantiti najis sedikit
saya wanita 21 tahun,saya mahu bertanya kenapa sejak akhir2 ni saya sering membuang air besar dalam kuantiti najis yg sedikit,saya tidak sembelit,kerna najis saya tidak keras,saya juga membuang setiap hari.saya juga telah mengambil serat dengan makan sayur dan buah-buahan.sebelum ni saya selalu mengambil buah betik sehinggakan saya cirit birit,jadi selepas itu saya berhnti seketika daripda mengambilnya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, beberapa perkara yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami iaitu:
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
- Usus tersumbat
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.