Sulit
4 tahun
Buasir dan gastrik tiada muntah dan masih makan seperti biasa
Hi Asalammualaikum dan selamat petang dr. Terima kasih kerana menjawab soalan daripada saya. Berikut merupakan kronologi sakit saya. Saya telah pergi ke klinik sudah tiga kali. Kali pertama saya pergi adalah kerana buasir oleh kerana saya terkena sembelit. Dr di klinik swasta telah memeriksa dan mengesahkan yang saya mempunyai buasir dan terdapat benjolan yang keluar namun tidak masuk semula. Walaupun saya dah makan ubat sudah habis tapi benjolan itu hanya mengecut dan bila saya ingin membuang air besar ia akan membesar semula. Ketika saya ke klinik kerajaan untuk kali ke dua pula, kerana saya berasa seperti angin di dalam perut walaupun selepas membuang air besar ataupun selepas makan atau minum. Dr di klinik hanya memberikan ubat angin sahaja untuk saya kerana beranggapan yang saya terkena gastrik. Namun angin itu masih tidak sembuh dan saya ke klinik kesihatan yang sama untuk memeriksa dan dr juga mengesahkan yang saya terkena gastrik dan memberikan ubat air gastrik dan pantoprazole 40mg. Sepanjang sakit gastrik itu saya tidak merasakan kesakitan ataupun muntah2. Cuma kerap sendawa dan kentut sahaja. Apabila saya tidur, saya tidak langsung merasa ketidakselesaan. Namun apabila saya bangun saya akan mula merasakan ketidakselesaan. Dr di klinik cakap gastrik itu akan hilang bila saya menjaga pemakanan. Saya juga selalu Google dan ada membaca article berkaitan cancer colon. Dan selepas itu saya akan merasa tangan saya seperti getar terutama ketika saya berseorangan. Saya pernah memberi tahu dr ketiga lawatan ke tiga saya ke klinik. Dan dr mengatakan ini tanda2 anxiety. Selepas itu, buasir saya juga Kadang2 berlaku pendarahan dan saya merasa sakit dan Kadang2 gatal di bahagian dubur. Soalan saya, adakah ini sesuatu yang normal? Adakah masalah anxiety akan menyebabkan masalah penghadaman? Terima kasih Dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anxiety merupakan kondisi mental yang seseorang ini akan mengalami gejala seperti:
- Terlalu rimas
- Ketakutan
- Jantung berdebar-debar
- Sesak nafas
- Perasaan tercekik
- Sakit dada
- Sakit perut
- Loya
- Menggigil
- Perasaan hampir mati
Oleh itu, jelas bahawa anxiety boleh mempengaruhi sistem penghadaman tubuh badan manusia.
Cara untuk mengatasi yang paling berkesan adalah untuk berjumpa dengan seseorang doktor pakar psikiatri. Doktor pakar ini akan mengajar teknik-teknik pernafasan atau manuver untuk mengurangkan gejala yang dialami. Sekiranya kondisi ini terlalu teurk, doktor pakar ini akan memberi ubatan untuk mengawal kondisi tersebut.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.



























