
Sulit
4 tahun
Budak 1tahun 7bln kerap buang air besar cair
Hasil carian untuk Anak saya umur 1tahun 7bln, dlm 3 Hari ni dia kerap buang air besar yg cair mcm tahi ayam tu…sehari dlm 4 5 Kali…tpi dia xmenangis sakit perut, muntah2, bibir kering…aktif seperti biasa…kenapa dia kerap membuang Dan tahi nya cair…kadang air Dan lendir, kadang seperti cili api di blender…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Akan tetapi, pada pendapat saya, situasi yang anda terangkan memerlukan lebih pemeriksaan kerana gejala cirit-birit, lebih-lebih lagi sekiranya ia berlanjutan, merupakan perkara yang tidak normal.
Untuk makluman pihak anda, masalah cirit birit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Selain itu, gejala cili api, yang anda ajukan adalah membimbangkan kerana ianya berkemungkinan darah. Akan tetapi maklumat lain adalah diperlukan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutama sekali sekiranya anda perasan anda anda semakin lemah, kurang aktif sertatidak mahu makan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.