
Sulit
3 tahun
Budak umur 12 ada Penyakit asma boleh ke vaksin
Saya budak 12 tahun ada penyakit asma boleh ke saya mengambil vaksin

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memhami tentang kebimbangan anda mengenai vaksinasi Covid 19. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) telah memaklumkan bahawa pendaftaran bagi kumpulan remaja berumur 12 hingga 17 tahun sememangnya sudah diterima oleh sistem MySejahtera, namun tiada janji temu diberikan kepada kumpulan umur berkenaan buat masa sekarang. Sistem MySejahtera akan terus menerima pendaftaran vaksinasi untuk golongan remaja supaya ia boleh digunakan pada masa depan apabila sebarang keputusan dibuat berkenaan hal ini.
Ketika ini, keutamaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah kepada usaha untuk melengkapkan Fasa 2 dan memantapkan pelaksanaan Fasa 3 di seluruh negara termasuk Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang, berikutan peningkatan kes harian di kawasan pusat penularan pandemik COVID-19.
Oleh itu, berkaitan soalan adakah pesakit asma boleh mengambil vaksin, saya menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan saya ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini