
Sulit
4 tahun
Buka ikat peranakan
sy nak tanya kalau dah ikat boleh buka blk ke.sy last beranak tahun 2016.boleh mengandung blk ke.sy dah 2 kali cze.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, berikat atau dikenali sebagai tubal ligation mempunyai keberkesanan sebanyak 99%. Hanya 1% dari kalangan wanita yang berikat akan mengandung setiap tahun. Pembedahan untuk membukanya dapat dilakukan tetapi mungkin tidak akan berjaya.
Jika anda mahu mencuba hamil lagi, cubaan untuk membalik kondisi tiub fallopian ke asal mungkin tidak berfungsi. Malah, setelah disambungkan kembali, ramai wanita masih tidak dapat hamil. Kadar kehamilan pada wanita dengan BTL dalam tempoh 10 tahun adalah 18-37 orang dari setiap 1,000 wanita. Tambahan pula, sekiranya anda merancang untuk hamil setelah BTL terdapat risiko masalah kehamilan, seperti kehamilan ektopik (kandungan luar rahim).
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.