
Sulit
4 tahun
Buka mulut terhad dan tidak dapat buka luas
saya remaja berumur 19 thn baru baru ni saya ada mengalami sakit tulang pipi . apabila saya nk buka mulut seperti makan dan berus gigi ianya sakit dan susak nak buka mulut . kneapa ya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gangguan sendi temporomandibular (TMJ)
- Sinusitis
- Masalah pergigian
Jarang berlaku namun ianya juga boleh menyebabkan sakit di bahagian rahang adalah seperti:
- Neuralgia trigeminal
- Osteomielitis
- Tumor dan sista
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.