
Sulit
4 tahun
Buku Lali Bengkak & Gatal-gatal
Wanita 39 tahun. Sejak 2-3 hari lepas buku lali kiri saya sedikit bengkak & gatal-gatal. Rasa berdenyut di buku lali dan betis. Tahun lepas saya pernah ke klinik kerana masalah buku lali bengkak & sakit dan diberikan ubat penahan sakit. Saya mengambil ubat fluvoxamine maleate untuk MDD & anxiety. Pernah terseliuh pada 2018.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit lutut dan buku lali anda boleh disebabkan:
- Masalah cakera tulang belakang - ini akan mengganggu saraf kaki
- Masalah darah beku dalam saluran darah - perkara ini boleh berlaku jika seseorang itu baru bersalin
- Jangkitan kulit - sellulitis
- Kista Baker pecah
- Masalah putus ligamen
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.