
Sulit
4 tahun
Bulu / Bulu Roma di badan
Saya lelaki yg kini berumur 32 tahun. Saya nak tanya adakah normal jika 1 liang roma ada bulu lebih dari 1. Ada yg 2 ada yg 3 dan ada yg 4 bulu dalam 1 liang roma terutama di ketiak, sekitar kemaluan. Dan jika bulu roma di tangan dan kaki jika di cabut ianya akan tumbuh balik 2-3kali panjang dari panjang asal bulu roma yang di cabut. Adakah semua ini perkara biasa?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Umumnya bulu roma yang dipotong atau dicukur akan tumbuh kembali selagi tidak mempunya gangguan atau trauma yang kekal pada kawasan akar sel rambut.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.