
Sulit
5 tahun
Bunyi bunyi daripada pergerakan tulang rangka
Saya perempuan 17 tahun dan tidak pernah pergi ke hospital untuk melakukan medical checkup kerana sebab2 tertentu. I was training archery and suddenly tulang pada bahu saya sangattt mengilukan. Hm saya pelik kenapa tulang saya berlanggar dgn tulang lain sangat kuat bunyinya. Cikgu saya pernah sarankan supaya saya minum susu. And yeah tu je yg mampu saya buat. Sekarang saya rasa patelaa saya pulakk yg macam pain, saya taktahu nak cakap macam mana. So saya cuba pakai knee guard kalau tulang pinggul saya tak tahulaa nak cakap macam mana tapi saya boleh ceritaa sikit bila saya baring je mesti tulang pinggul tu rasaa peritt pastu dia masuk ke dalam
hm doktor macam mana ? Sebab apa eh ? Kenapaa tulang ni berlanggar kuat sgt sbb bendalir synoviaa ke sbab rawan. Bangun je mesti lutut berbunyi macam org tuaa tu, hm saya rasa saya da tua sgt ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesan bunyi ketika anda berjalan boleh disebabkan:
- Fisiologi apabila sendi bergerak
- Pergeseran antara meniskus lutut akibat kurang cecair dalam sendi
- Kerapuhan tulang
- Bunyi ligamen atau tendon sentap
Memandangkan anda mempunyai riwayat bersukan memanah yang melibatkan pergerakan-pergerakan,jelas disini bahawa kemungkinan besar ini adalah efek daripada senaman tersebut. Justeru, anda disarankan untuk merujuk doktor agar dapat dipastikan apakah ada bahagian yang patah atau dislokasi. SIlakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.